Kisah Nyata: Aku Sering Tergoda Apa Bila Adik Ipar Menggoda Dan Rasanya Sangat.. Lihat Dulu Baru Komen

Aku Sering Tergoda Apa Bila Adik Ipar Menggoda Dan Rasanya Sangat..
Saya berusia awal 30-an dan tinggal bersama mertua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan rumah mertua.
Saya pula bekerja sementara sebagai guru bahasa di Melaka. Saya amat menyayangi isteri dan anak perempuan berusia lima bulan.


Isteri ada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan berusia 18 dan 14 tahun.

Selepas berkahwin, dua adik ipar saya itu sering mengganggu saya.

Disebabkan kamar kami bersebelahan, adik ipar yang kedua sering masuk ke kamar saya dengan hanya memakai seluar pendek dan pakaian dalam ketika isteri saya tidak ada di kamar.

Apabila isteri berada di kamar, dia masuk untuk meminta minyak rambut atau bedak. Dia juga pernah membuka pintu kamar air walaupun mengetahui saya sedang mandi dan tidak berpakaian.

Baru-baru ini, dia memberikan saya telefon bimbitnya ketika itu telefon saya rusak. Saya terkejut apabila dia mengirimkan pean nakal yang ingin mengajak saya ‘bersama’.

Saya mengembalikan telefon itu keesokan harinya. Hal yang sama berlaku kepada adik ipar perempuan yang seorang lagi. Dia pernah telanjang di hadapan saya.

Dia juga pernah bersama dengan kawan sekolahnya sebanyak empat orang untuk mengganggu saya. Dikarenakan saya mengajar tidak jauh dari sekolahnya, waktu saya menawarkan diri untuk menghantar serta menjemputnya dari sekolah.

Kelakuan mereka diketahui isteri karene salah seorang daripada mereka memberitahu kami dan adik perempuan isteri saya itu dipindahkan ke sekolah lain.

Saya dilarang isteri membawa adiknya seorang diri. Bagaimanapun, saya anggap mereka seperti adik kandung sendiri yang masih jahil. Saya tidak mahu mengambil kesempatan kepada mereka.

Masalah timbul apabila isteri sering menolak ajakan saya untuk berhubungan selepas melahirkan anak pertama. Ia menyebabkan saya kecewa dan takut akan terbabit dengan maksiat.

Apa yang perlu saya lakukan untuk menhindarkan diri dari sesuatu yang tidak diingini? Sebelum ini, saya dan isteri pernah melakukan kesalahan itupada waktu bertunang dan saya amat menyesali kejadian itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Mungkin itu ujian Allah untuk menguji kebenaran janji umatnya.

ISLAM adalah agama yang komprehensif dan lengkap. Kes seperti di atas sudah dijangka apabila Rasulullah s.a.w sendiri menasihati setiap Muslim supaya sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak duduk berdua-duaan dengan sebarang wanita.

Ini termasuk juga dengan adik ipar dan keluarga terdekat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang) wanita. Salah seorang Ansar bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saudara ipar (al-hamu)?” Rasulullah menjawab, “Saudara ipar adalah kematian.” (Bukhari, Muslim, Ahmad).

Kematian di sini bermaksud keadaan yang tersangat bahaya kerana perbuatan berdua-duaan itu boleh membawa kepada dosa seperti zina, tuduhan jahat dan berlaku perpecahan keluarga apabila perkara tidak diinginkan berlaku.

Pada kebiasaan, masyarakat lebih berhati-hati dengan orang asing tetapi tidak apabila sesama keluarga sendiri. Mereka mengambil mudah dan kadang-kadang terlepas pandang dengan ahli keluarga sendiri.

Sebab itu, Rasulullah memberi amaran seperti di atas. Saudara sepatutnya lebih cermat dalam hubungan antara ipar supaya tidak mudah tergoda.

Sebaik mungkin saudara hendaklah menghindar daripada tinggal berdua di rumah.

Nafsu dan syaitan senantiasa mencari kesempatan memerangkap anda.

Anda sekeluarga sepatutnya pindah ke rumah yang lain supaya sebegitu tidak terus terjadi. Perasaan anda hendak dinyatakan kepada isteri terutamanya keinginan seksual.

Isteri pula hendaklah sentiasa memenuhi tanggungjawab melayan kehendak seksual suami apabila diminta. Mengabaikan tanggungjawab itu dapat meretakkan hubungan suami isteri.

Seterusnya dosa yang lama hendaklah dihilangkan dengan bertaubat kepada Allah. Saudara hendaklah berazam untuk tidak lagi melakukan dosa seperti itu lagi.

Hanya kepada Allah saja tempat kita mengadu dan Allah yang menjaga kita. Banyak berdoa semoga diampuni dan tidak lagi terjerumus dalam dosa lalu.

Sumber: zaudinsaad

Belum ada Komentar untuk "Kisah Nyata: Aku Sering Tergoda Apa Bila Adik Ipar Menggoda Dan Rasanya Sangat.. Lihat Dulu Baru Komen"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel